Saturday 4 February 2012

PENUBUHAN MPP MTAB



PADA TAHUN 2012 INI,MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-BARAKAH (MTAB) TELAH BERSEPAKAT UNTAUK MENUBUHKAN BADAN PIMPINAN PELAJAR (MPP) SEJAJAR
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

ANTARA SEBAB-SEBAB  PENUBUHAN IALAH:

-MEWUJUDKAN SATU BADAN PIMPINAN PELAJAR YANG MERANGKUMI TUGASAN DI SEKOLAH DAN ASRAMA.

-MASALAH PELAJAR YANG TIDAK MEMPUNYAI KEMAHIRAN PENGURUSAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH KIAN MENINGKAT.

-MENJADI SATU LANGKAH PERSEDIAN KEPADA PELAJAR TERUTAMANYA LEPASAN PROGRAM TAHFIZ.

PIMPINAN PELAJAR TELAH DIBERI TANGGUNGJAWAB MENGIKUT BIDANG MASING-MASING:

ORGANISASI PENGAWAS SEKOLAH
MENJAGA URUSAN DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH

ORGANISASI PENGAWAS SEKOLAH
MENGENDALIKAN HAL EHWAL KEBAJIKAN PELAJAR DI ASRAMA

ORGANISASI GERAKAN PELAJAR
MENGERAKKAN SEGALA URUS KERJA YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM  PELAJAR

KONSEP MPP:
MPP MERUPAKAN SUATU BADAN KHAS YANG TERLATIH DARIPADA PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH INI KHUSUSNYA.MERAKA TELAH DIDEDAHKAN KONSEP TENTANG:

LATIHAN KEPIMPINAN

PENGURUSAN KERJA SISTEMATIK

KEMAHIRAN PUBLIC SPEAKING

PENGURUSAN PROGRAM YANG BERKESAN

TIPS-TIPS PEMIMPIN YANG BERJAYA


FALSAFAH

SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN, HENDAKLAH MENGHAYATI FALSAFAH:

KEPIMPINAN YANG BAIK,BERMULA DARI KITA YANG TERBAIK

MAKSUDNYA, UNTUK MENJADIKAN SESUATU BADAN KEPIMPINAN ITU DIPANDANG TINGGI DAN DIHORMATI OLEH PIHAK LAIN, SEMUANYA HARUS BERMULA DENGAN CERMINAN POSITIF PEMIMPIN-PEMIMPIN ITU SENDIRI.

FUNGSI MPP:

MPP AKAN MEMAINKAN BEBERAPA FUNGSI YANG PENTING. ANTARANYA IALAH SEPERTI YANG BERIKUT :

1. MPP AKAN MENYELIA PROGRAM-PROGRAM YANG MELIBATKAN AKTIVITI-AKTIVITI PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-BARAKAH INI. MPP INI TELAH DIBAHAGIKA KEPADA BAHAGIAN YANG LAIN IAITU:

A. ORGANISASI PENGAWAS SEKOLAH - BIRO INI AKAN MEMANTAU SEGALA URUSAN YANG MELIBATKAN AKTIVITI PELAJAR-PELAJAR DALAM KAWASAN SEKOLAH. MISALNYA KELAS, KANTIN, PERHIMPUNAN PAGI DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

B. ORGANISASI PENGAWAS ASRAMA - BIRO INI PULA AKAN MEMANTAU SEGALA URUSAN SELEPAS SEKOLAH,  IAITU APABILA PELAJAR-PELAJAR BERADA DI ASRAMA MASING-MASING. JADI, PEMANTAUAN LEBIH BERFOKUS DI DEWAN MAKAN (KANTIN), ASRAMA, SURAU DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA.

C. ORGANISASI GERAKAN PELAJAR  - SETERUSNYA PULA, BIRO INI BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENGELOLAKAN PROGRAM-PROGRAM UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-BARAKAH YANG LAIN.CONTOH:

MENGANJUR PERTANDIGAN KUIZ,LAWATAN,MOTIVASI,KURSUS KEPIMPINAN,SUKAN DAN LAIN-LAIN.

2.MPP JUGA MENJADI PERHUBUNGAN ANTARA GURU DENGAN PELAJAR.

3.MPP JUGA BERTINDAK SEBAGAI ORGANISASI YANG MENGESAN BAKAT DAN POTENSI MANA-MANA PELAJAR.

4.MPP JUGA MEMBANTU PELAJAR YANG ADA MASALAH DALAM BIDANG TAHFIZ ATAU AKEDEMIK.

AHLI MPP UNTUK TAHUN 2012 IALAH 30 ORANG.

LELAKI 20 ORANG
PEREMPUAN 10 ORANG


ETIKA MPP

ANTARA PERKARA PENTING YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA KEAHLIAN MPP IALAH:
  • AHLI MPP HENDAKLAH MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK.
  • AHLI MPP HARUSLAH MEMPUNYAI SIFAT SALING MENGHORMATI ANTARA GURU,RAKAN DAN SEBAGAINYA.
  • AHLI MPP HENDAKLAH SENTIASA BERSIFAT TERBUKA DAN POSITIF THINKING
  • AHLI MPP HENDAKLAH MENGHORMATI BATASAN-BATASAN AGAMA,PERATURAN SEKOLAH DAN NORMA MASYARAKAT SERTA KEBUDAYAAN.
       AHLI JAWATAN TERTINGGI

PENASIHAT 1 :
USTAZ MOHAMMAD KAZIM ELIAS
PENGETUA, PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH
PENASIHAT 2 :
TUAN HAJI MOKHTAR OTHMAN
PENASIHAT DISIPLIN, MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN
PENASIHAT 3 :
TUAN HAJI MOKHTAR HAJI IBRAHIM
MUDIR, MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

PENGERUSI :
EN BORHAN ZAHARUDIN
P.K PENTADBIRAN & KAUNSELOR, MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN


METHOLDOLOGI LATIAHAN
a.       Bentuk Latihan
Pendekatan yang dilaksanakan ialah dengan menekankan perkembangan kendiri pemimpin itu. Modul yang dijalankan adalah berdasarkan beberapa bidangan dalam konteks kepimpinan. Dengan kata lain, ahli MPP akan dilatih untuk memahami serta memperbaiki diri agar lebih diterima oleh individu-individu atau rakan-rakan yang lain. Dalam fahaman kendiri yang tinggi, pemimpin itu akan lebih memahami serta peka terhadap potensi dan bakat orang lain. Selain itu, mereka juga akan ditanam dengan sifat-sifat dengan ciri-ciri kecemerlangan diri dan diharapkan kriteria itu disebarkan. Ahli MPP juga akan dapat memberi pengukuhan kepada perlakuan yang positif. Dengan adanya sikap yang mulia, ahli MPP boleh menjadi contoh serta pendorong kepada perubahan keyakinan dalaman bagi mencungkil potensi diri kepada pelajar yang dipimpin kelak.
Latihan untuk ahli MPP boleh dijalankan dengan mengadakan sesi-sesi seperti yang berikut :
i.                    Rujukan dan bacaan
ii.                  Sesi-sesi pratik
iii.                Jemputan penceramah yang berpengalaman
iv.                 Pembelajaran melalui pengalaman

b.      Modul Latihan
Modul-modul tersebut :
i.                    Penerangan dan penghayatan Proposal MPP
ii.                  Cirri-ciri seorang pemimpin pelajar yang berjaya
iii.                Cara menghasilkan kertas kerja
iv.                 Cara mengendalikan mesyuarat
v.                   Teknik penulisan surat-menyurat
vi.                 Memahami carta pelaksanaan program di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah
vii.                Teknik mengendalikan program – sebelum / semasa / selepas
viii.             Asas komunikasi pemimpin
ix.                 Teknik berucap di khalayak ramai – teori dan pratikal
x.                   Kemahiran solat yang betul
WATIKAH PENAGGUJAWABAN
1.      Setiap ahli MPP harus mematuhi ETIKA PEMAKAIAN RASMI MPP yang telah ditetapkan :

a.       Hari Isnin - Jumaat
-          Memakai blazer, jubah putih, serban, kasut hitam, stoking putih  dan kad matriks                 ( MPP lelaki )
-          Mememakai blazer, jubah hitam, tudung hitam labuh, kasut hitam, stoking putih dan kad matriks ( MPP perempuan )
·         Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengahari
·         Pakaian rasmi MPP ini juga akan dipakai apabila ada majlis-majlis rasmi di sekolah


b.      Menjaga Prestasi Tahap Hafazan & Disiplin
-          MPP harus menjaga prestasi tahap hafazan masing-masing serta memberi konsentrasi yang baik di dalam kelas
-          MPP juga harus mengawasi masalah disiplin sama ada di sekolah mahupun di asrama
-          MPP juga harus menjaga adab, tatasusila dan norma kehidupan dalam konteks berurusan dengan semua pihak sama ada orang luar atau di kalangan warga Pusat Pendidikan Al-Barakah

c.       MPP harus berperanan sebagai Jentera Penggerak program-program sekolah
-          Perlu ada sikap aktif, kreatif & proaktif dalam menjalankan program yang diberi
-          Menjalankan mesyuarat mingguan dengan agenda yang telah ditetapkan :
a.       Ucapan aluan pengerusi
b.      Pembentangan Tazkirah MPP
c.       Pembentangan minit mesyuarat yang lalu
d.      Perbincangan perkara yang berbangkit
e.       Laporan setiap biro
f.        Hal-hal lain
-          Menjalankan tugasan dengan mengikut prosuder-prosuder yang telah ditetapkan
-          Dalam tempoh Januari hingga November, MPP dikehendaki menjalankan tugasan seperti mana butiran yang berikut :
i.                    Merancang, mengatur serta mengendalikan sebanyak 5 BUAH PROGRAM di peringkat Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah sahaja
ii.                  Membantu Pusat Pendidikan Al-Barakah dalam mengendalikan beberapa buah program induknya
KEBAJIKAN MPP

Walau bagaimanapun, urusan kebajikan-kebajikan bagi setiap ahli MPP juga difikirkan perlu. Oleh itu, berikut adalah beberapa kebajikan MPP yang disediakan :
a.       Menyediakan ‘Tabung Kilat’ – bagi mana-mana MPP yang ditimpa musibah
b.      Meraikan jamuan sambutan hari lahir ahli MPP
c.       Memberi penghargaan kepada mana-mana ahli MPP yang mempunyai tahap hafazan yang terbaik
d.      Menganjurkan ‘Hari Anugerah’ yang mengiktiraf tugasan mereka sepanjang tahun
e.       Mengadakan ‘Hari Keluarga MPP’ – dengan tujuan merapatkan lagi ukhuwah di kalangan MPP. Misalnya, rehlah, lawatan dan sebagainya
RUMUSAN
Usaha menentukan keberkesanan badan khas pimpinan pelajar ini biasanya memakan masa yang lama. Kesannya sukar diukur dalam jangka masa yang pendek. Oleh itu, peluang seharusnya diwujudkan untuk program pembetukan kepimpinan tersebut akan terus berkembang. Dengan adanya MPP, harapan untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berpotensi akan dapat tercapai dengan usaha yang lebih tinggi lagi.